TIPS MEMIKAT GADIS

Kata- Kata Hikmah

KENALI HATI WANITA, KUNCINYA SABAR.



Memikat hati wanita itu lebih mudah dari menjaga hatinya.


 PERMULAAN

1. JAGA PENAMPILAN
Wanita sangat menyukai pada kecantikan dan kekemasan. Hentikan mengganggap wanita akan menerima anda seadanya. Kerana mereka sangat rimas dengan lelaki yang selekeh dan berbau. Abaikan semua tips-tips di bawah sekiranya anda tidak mahu mengikut tips ini.

2. BEZAKAN CARA PERCAKAPAN
Bezakan cara anda bercakap dengan sidia, jangan sesekali bercakap seperti mana anda bercakap dengan rakan-rakan yang lain. Panggilah dia dengan gelaran awak atau pun nama sidia. Sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi, anda berkemungkinan berada dalam 'zon kawan'.

3. SELIDIK
Selidik sidia dari kawan-kawan sidia, adakah dia masih single ataupun sudah berpunya. Tanya juga serba sedikit tentang dirinya dari kawan-kawan sidia. Disampin dapat mengenali sidia, rakan-rakan ini jugalah yang akan membantu mempromosikan diri anda pada sidia.

4. FOKUS
Apa jua yang anda lakukan, jadikan sidia sebagai fokus anda. Sekiranya bersembang dalam kumpulan, banyakkan bersembang dengan dirinya.

5.SWEET
Jadilah lelaki yang sangat sweet. Tunjukkan pada sidia, kemanisan sifat anda. Contohnya halangkan cahaya matahari/hujan dari kena pada dirinya, Angkat barang berat sidia. Sentiasa ambil berat pasal dirinya.

6. NOMBOR TELEFON
Zaman serba canggih ini amat mudah untuk anda mendapatkan nombor telefon sidia, aplikasi seperti group whatsapp dan facebook memudahkan anda untuk berhubung. Mulakan dengan langkah ingin berkawan dengan bertanyakan soalan-soalan yang dapat menarik minat sidia untuk menjawab. Sebagai contoh, sidia berasal dari Kedah, tanyakan pada sidia lokasi-lokasi di Kedah seolah-olah anda sedang mencari satu tempat dan ingat bezakan cara percakapan anda. 

 MENGENALI HATI BUDI

1.TANYA MENGENAI DIRINYA
Tanya serba sedikit tentang dirinya, keluarganya dan latar belakang dirinya. Jangan terlalu kerap bertanya, ini akan membuat sidia tidak selesa.

2. TIGA BARANG
Sewaktu ingin keluar dengan sidia, tidak kisahlah secara berkumpulan atau pun berdua, bawa 3 barang ini iaitu Gula-Gula, Panadol/Plaster, SapuTangan/Tisu. Keluarkan gula-gula dan lihat reaksi wajahnya, ketika sidia sedang memandang gula-gula anda, tanyakan pada sidia, adakah dia mahu?? Berikan pada sidia meskipun sidia menolak tapi ingat, hanya beri pada sidia, bukan seluruh manusia sekeliling yang lain. Peralatan yang lain, hanya sekadar keperluan tertentu.

3. AMBIL BERAT
Wanita cepat terharu dan sedar sekiranya seseorang mengambil berat akan dirinya. Sidia akan merasa beruntung sekiranya mengenali seseorang yang sangat mengambil berat akan dirinya. Tetapi jangan dilihat seakan-akan mengongkong. Beritahu sidia, anda tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku pada dirinya dan anda mahu menjaga sidia.




No comments:

Post a Comment